Hushworx > NEWS > Beauty & Style > Mahu Wanita Tampil Yakin Dengan Produknya

Mahu Wanita Tampil Yakin Dengan Produknya

Beauty & Style

Kuala Lumpur, June 2019 : MENGHASILKAN produk yang menjadi pilihan ramai kalangan selebriti terkenal negara, sememangnya satu pengiktirafan besar buat pemilik Hushworx Fitness Wear. Ini kerana, bukan mudah untuk membuatkan hasil ciptaan kita diingati orang, apatah lagi untuk meminta mereka membelinya. Namun apabila hal itu berlaku, tidak lain dan tidak bukan, tentu sekali kerana produk dan jenama tersebut mempunyai standard dan kualiti tinggi. Sekali gus melepasi indeks piawaian kepuasan hati pelanggan. Dan itulah juga kepuasan bagi empunya diri, Nur Rizlin Zanudin, 37, pengasas Hushworx Fitness Wear.

Hushworx Fitness Wear merupakan Fancy Corset yang berada di pasaran negara sejak 2012. Bermula dengan nama hushbabyxoxo, Nur Rizlin kemudian menjenamakan semula kepada Hushworx Fitness Wear di bawah empayar Hushworx Ventures. Menggunakan material yang diimport dari Italy, produk membentuk tubuh dan menyokong tulang belakang ini, sememangnya memberikan keselesaan kepada si pemakai. Berpendidikan sekadar SPM dan bergelar ibu tunggal membuatkan figura ini pernah berasa rendah diri dan tidak yakin dalam melakukan sebarang perkara. Anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Selangor ini dahulunya pernah menetap di Arab Saudi selama tiga tahun. Bapanya yang berasal dari Perak bekerja dengan syarikat Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) Ke mana tumpahnya kuah jika tidak ke nasi, Nur Rizlin juga memulakan kerjaya sebagai perkhidmatan pelanggan di MAS pada 2007 sehingga 2009 dan menjadi jururunding kecantikan pada tahun sama. Mengambil keputusan berhenti kerja dengan menjalankan kerja-kerja sambilan, Nur Rizlin gembira dapat menjaga anak sendiri dan meluangkan lebih masa lebih dengannya. Ketika itu, beliau mengalami masalah berat badan yang turun naik dan mula memikirkan untuk memakai korset tetapi buntu memikirkan jenama yang terbaik untuknya.

Beliau yang sememangnya suka bergaya mendapat idea menjual korset yang selesa dipakai pada 2013 dek kerana pengalamannya sendiri yang sukar mendapatkan jenama pilihan. Ketika itu di Malaysia pemakaian korset memang sudah terkenal dengan pilihan bengkung tempatan dan girdle. “Saya membuat kajian dengan menjadikan personaliti antarabangsa Kim Kardashian sebagai contoh yang sedang popular menggayakan brand waist trainers.

“Saya berfikir bagaimana untuk membawa jenama saya sendiri ke Malaysia dan pada masa yang sama saya tidak terikat dengan pekerjaan sebaliknya masih boleh berniaga sambil menumpukan perhatian kepada penjagaan anak. “Kerana kekurangan modal, ketiadaan rangkaian dan kurang kenalan serta sokongan kewangan menyebabkan saya hanya menjadi dropship kepada produk tersebut, sebagai langkah awal menjinakkan diri dalam dunia bisnes,” katanya.

Bermula sekadar dropship, Nur Rizlin membina kepercayaan mutlak daripada pembekalnya dan pada masa sama memberikan khidmat rundingan percuma kepada pembekal tersebut. Akhirnya beliau diperkenalkan dengan seseorang yang membantunya dalam perniagaan. “Saya menolong dia menjual dan menjadi advisor tentang style dan apa perlu jual pada ketika itu. ketika tu juga penjualan lingerie belum terkenal di media maya. Saya simpan keuntungan jualan secara beransur-ansur dan pembekal memperkenalkan saya dengan agen yang boleh membantu saya mengorak langkah lebih jauh. “Dengannya saya berbincang bagaimana mereka bentuk korset yang sesuai dengan orang Asia. Produk dengan custom made sangat memerlukan modal yang tinggi. Selepas lima tahun menjalin kerjasama erat, dia menolong saya dalam perniagaan ini sehingga kini. Menerusinya, saya menjalinkan rangkaian perniagaan sedikit demi sedikit dan belajar bagaimana mendapatkan pinjaman kewangan daripada bank dan institusi,” katanya. Bermula dari situlah lahirnya jenama korset Hushworx Fitness Wear yang mudah dipakai, selesa dan tidak sakit apabila dikenakan kepada tubuh. Kebiasaannya wanita menghadapi masalah berasa sakit dan mencucuk pada bahagian tertentu korset yang dipakai dalam tempoh lama. Begitu juga masalah bergulung dan sangat merimaskan.

“Maka bermula nama instagram dari hushbabyxoxo dari tahun 2013 dengan menjual lingerie dan fancy corset sehingga 2017 saya tukar nama ke hushworx fitness wear untuk produk shaping. Saya juga mengasingkan dua jenis produk berlainan. “Persaingan dengan selebriti terkenal di instagram sememangnya cabaran besar kerana mereka sudah memiliki pengikut yang ramai. Produk yang dijual juga mempunyai persamaan dengan saya. Namun saya percaya akan kualiti dan keberkesanannya. “Saya memastikan material yang bagus bermula sari saiz kecil sehingga 6XL untuk pelbagai jenis variasi. Produk saya bukan untuk cepat kurus tapi untuk cepat cantik. Orang gemuk pun boleh dapat bentuk badan idaman. “Saya mahu wanita menjadi konfiden dan postur tegak selepas memakai corset atau body shaper saya. Kurus akan datang kemudian dengan cara pemakanan yang betul dan senaman yang sesuai. Pelanggan saya tak semua orang kurus tapi mereka yang berbadan besar juga mampu memperoleh bentuk badan idaman,” katanya.

Antara selebriti yang menjadi pelanggannya ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membuat promosi dan review menerusi instagram story beliau ketika berpantang anak beliau. “Review daripada Datuk Siti telah menyebabkan jualan naik mendadak dan pelanggan sudah mula mahu melihat produk secara fizikal. Ini mendorong saya membuka kedai di Balakong pada Julai 2017. “Selain itu, Nora Danish, Anis Nabilah, nana Al Haleq, Raja Ilya dan insta famous yang lain sudah mencuba waist trainer dari Hushworx Fitness Wear. Lihat sahaja bentuk badan mereka yang ramping dan menarik. “Tidak ada lagi korset fesyen yang membantu membentuk postur badan menjadi kecil daripada biasa dan pada masa sama menyokong tulang belakang agar berada di kedudukan betul serta menggelakkan gangguan saraf,” akhirinya. Untuk yang ingin mendapatkan produk korset ini boleh terus ke instagram Hushworx Fitness Wear atau pembelian terus dari bilik pameran di : Lot No1-17A, Amerin Mall, Jalan Impian Indah, Taman Impian Indah, 43300 Seri Kembangan, Selangor

Untuk keterangan lanjut hubungi : Nur Rizlin ( Eleen) di talian : +6013 764 4437 / +6018 256 4437

TAGS:, , , , ,

Leave your thought